Dengan perkembangan esukan di platform mudah alih ini semenjak beberapa tahun yang lalu, semakin banyak permainan mudah alih yang telah dikeluarkan oleh penerbit. Kini, pengasas PlayerUnknown’s BattleGrounds (PUBG), Krafton kini telah menunjukkan permainan mudah alih mereka yang dinamakan “PUBG: NEW STATE”.
Melalui trailer yang telah diterbit oleh Krafton, PUBG: NEW STATE ini boleh dilihatkan sebagai suatu permainan Battle Royale, dimana pemain-pemain akan diterbangkan di suatu lokasi dan akan bertempur sehingga satu pasukan tunggal sahaja sebelum zon meragut nyawa mereka. Walau bagaimanapun, Krafton tidak menggunakan tema PUBG mereka di permainan baharu mereka ini, malah menggunakan tema futuristik yang ditunjukkan di dalam trailer termasuk penggunaan dron dan juga kenderaan futuristik.
PUBG: NEW STATE kini dijangka untuk dilancar secara rasmi pada masa yang akan datang dan pengguna iOS serta Android boleh mendaftar dahulu sementara menunggu pelancaran rasmi. Pada masa yang sama, pendaftar awal akan mendapat skin kosmetik kenderaan secara kekal yang terhad sehingga pelancaran permainan PUBG: NEW STATE.
Ikuti laman web rasmi PUBG: NEW STATE untuk daftarkan pre-order anda dan menjadi antara pemain yang terawal untuk Battle Royale ini dan saksikan lebih banyak perkembangan PUBG: NEW STATE dengan mengikut media sosial mereka termasuk di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram.